- Back to Home »
- Minggu VLE-FROG dan TMK (04.02.2014-07.02.2014)
Posted by : SK (P) METHODIST 2
Wednesday, 9 April 2014
Program Minggu VLE-Frog dan TMK 2014 telah berlangsung dengan
jayanya pada 4 Februari sehingga 7 Februari 2014. Upacara perasmian telah
disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Zaharah
bt Hj Borhanudin pada perhimpunan pagi, hari Selasa bersamaan 4 Februari
2014. Semua aktiviti sepanjang minggu
panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan dikendalikan
oleh penyelaras VLE-Frog dan TMK. Memandangkan jumlah murid yang sedikit,
pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan
objektif program tercapai. Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika
membuat persembahan, banyak menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan
melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan
yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan dapat mengasah
bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil ke hadapan dan bersaing
secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Minggu VLE-Frog dan TMK berakhir
pada 7 Februari 2014. Pada perhimpunan rasmi hari Isnin bersamaan 10 Februari
2014, Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah
menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu VLE-Frog dan TMK 2014 dan
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Semoga segala aktiviti yang telah
dijalankan mendapat keredhaan dan
keberkatan dari Allah SWT.
02% if you have a giant 카지노사이트 bankroll
ReplyDelete