- Back to Home »
- Minggu Panitia Bahasa Inggeris 2014 (11-15/08/2014)
Posted by : SK (P) METHODIST 2
Sunday, 30 November 2014
Program Minggu Bahasa Inggeris 2014 telah berlangsung dengan
jayanya pada minggu ke-4 persekolahan bermula 11 sehingga 15 Ogos 2014. Upacara
perasmian telah disempurnakan oleh guru Besar Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada
perhimpunan rasmi Hari Isnin bersamaan 11 Ogos 2014. Semua aktiviti sepanjang
minggu panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua
pertandingan telah dijalankan semasa sesi PdP Bahasa Inggeris dan dikendalikan
oleh guru Bahsa Inggeris yang mengajar bagi tahun terbabit. Memandangkan jumlah
murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan
dengan lebih mudah dan objektif program tercapai. Pada tahun ini, murid lebih
berkeyakinan ketika membuat persembahan dan melibatkan diri secara aktif
sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi
pertandingan dan aktiviti yang dijalankan
dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil
kehadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Bahasa Inggeris adalah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar
oleh murid-murid. Oleh itu, menerusi program yang dijalankan sepanjang minggu ini, murid-murid
diharap dapat meningkatkan lagi minat dalam mempelajari dan mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan kebolehan berbahasa inggeris. Disamping
itu, murid juga diharap dapat meningkatkan kecemerlangan akademik murid dalam
merealisasikan visi dan misi sekolah. Minggu Panitia Bahasa Inggeris berakhir
pada 15 Ogos 2014. Pada perhimpunan rasmi hari Isnin bersamaan 17 Ogos
2014, Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah
menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu Panitia Bahasa Inggeris 2014
dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semoga segala aktiviti yang telah
dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.
![]() |
Spelling Bee and Mini Choral Speaking Competition |
![]() |
Opening Ceremony |