- Back to Home »
- Minggu Panitia Pendidikan Islam (20.01.2014-24.01.2014)
Posted by : SK (P) METHODIST 2
Wednesday, 9 April 2014
Program Minggu Panitia Pendidikan
Islam 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada minggu ke-4 persekolahan
bermula 20 sehingga 24 Januari 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh
guru Besar Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada perhimpunan rasmi Hari Isnin
bersamaan 20 Januari 2013. Semua aktiviti sepanjang minggu panitia berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan telah dijalankan
semasa sesi PdP Pendidikan Islam dan dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam
yang mengajar bagi tahun terbabit. Memandangkan jumlah murid yang sedikit,
pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan
objektif program tercapai. Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika
membuat persembahan dan melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan
berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang
dijalankan dapat mengasah bakat murid
selain membina keyakinan diri untuk tampil kehadapan dan bersaing secara sihat
bersama rakan-rakan yang lain. Pada 24 Januari 2014 pula, telah berlangsung
Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz
Abdullah b Md Nor dari SK Danau Kota. Menerusi ceramah ini,Kecintaan murid
terhadap Rasulullah SAW dan Islam dapat diperkukuhkan. Menerusi dakwah kecil
ini diharap dapat memantapkan sahsiah dan akhlak murid Islam disamping
meningkatkan kecemerlangan akademik murid dalam merealisasikan visi dan misi sekolah.
Minggu Panitia Pendidikan Islam berakhir pada 24 Januari 2014. Pada perhimpunan
rasmihari Isnin bersamaan 27
Januari 2014, Pn Zaharah bt Hj
Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu Panitia
Pendidikan Islam 2014 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semoga
segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan dari
Allah SWT.
Pelancaran Minggu Panitia Pendidikan Islam
Sambutan Maulidur Rasul
Penutupan Minggu Panitia Pendidikan Islam