- Back to Home »
- Hari Keibubapaan Tahun 6 (25-01-2014)
Posted by : SK (P) METHODIST 2
Wednesday, 9 April 2014
Pada hari Sabtu bersamaan 25
Januari 2014, bertempat di Dewan MGS, telah diadakan “Program Keibubapaan Murid
Tahun 6 2014". Majlis ini dibawah kelolaan Unit Hal
Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling. Majlis telah
berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi dengan kehadiran
seramai 18 orang ibu bapa dan penjaga. Pn Zaharah bt Hj Borhanudin selaku guru besar
telah menyempurnakan upacara perasmian majlis. Antara intipati ucapan beliau
adalah harapan menggunung pihak sekolah agar ibu bapa dan penjaga dapat
membantu merealisasikan hasrat sekolah menempa kecemerlangan yang gemilang
dalam UPSR 2014. Bacaan doa pula telah dipimpin oleh En Ali b Ngadimin, wakil
dari ibu bapa dan penjaga. Sepanjang program ini berlangsung, ibu bapa dan
penjaga telah mendengar penerangan berkenaan subjek-subjek UPSR oleh guru-guru
setiap matapelajaran yang berpengalaman dan berpeluang mengikuti sesi dialog bersama
guru berkenaan tips-tips mudah membantu anak mengulangkaji pelajaran di rumah. Menerusi
program diharap dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga murid
tentang mata pelajaran dan bidang yang perlu dikuasai murid bagi untuk
menggapai kecemerlangan dalam UPSR dan
tindakan seterusnya yang perlu di ambil oleh mereka demi kejayaan anak-anak. Usaha
ini diharap dapat meningkatkan lagi peratus pencapaian akademik sekolah khasnya
kecemerlangan yang gemilang dalam pencapaian UPSR 2014.