Minggu Panitia Bahasa Inggeris 2014 (11-15/08/2014)


Program Minggu Bahasa Inggeris 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada minggu ke-4 persekolahan bermula 11 sehingga 15 Ogos 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh guru Besar Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada perhimpunan rasmi Hari Isnin bersamaan 11 Ogos 2014. Semua aktiviti sepanjang minggu panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan telah dijalankan semasa sesi PdP Bahasa Inggeris dan dikendalikan oleh guru Bahsa Inggeris yang mengajar bagi tahun terbabit. Memandangkan jumlah murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program tercapai. Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika membuat persembahan dan melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan  dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil kehadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Bahasa Inggeris adalah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh murid-murid. Oleh itu, menerusi program yang dijalankan sepanjang minggu ini, murid-murid diharap dapat meningkatkan lagi minat dalam mempelajari dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan kebolehan berbahasa inggeris. Disamping itu, murid juga diharap dapat meningkatkan kecemerlangan akademik murid dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Minggu Panitia Bahasa Inggeris berakhir pada 15 Ogos 2014. Pada perhimpunan rasmi hari Isnin bersamaan 17 Ogos 2014,  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu Panitia Bahasa Inggeris 2014 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.

Spelling Bee and Mini Choral Speaking Competition

Opening Ceremony


Sunday, 30 November 2014
Posted by SK (P) METHODIST 2

Minggu Kemahiran Hidup dan Reka Bentuk dan Teknologi 2014 (29/09/2014-03/10/2014)

Program Minggu KH dan RBT2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 September sehingga 27 Oktober 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada perhimpunan pagi, hari Isnin bersamaan 29 Sepetember 2014.

Semua aktiviti sepanjang minggu panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan dikendalikan oleh penyelaras KH dan RBT. Memandangkan jumlah murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program tercapai.

Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika membuat persembahan, banyak menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil ke hadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain.

Minggu KH dan RBT berakhir pada 27 Oktober 2014 iaitu bukan pada tarikh yang ditetapkan kerana . Pada perhimpunan rasmi hari Isnin bersamaan 27 Oktober 2014,  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu KH dan RBT 2014 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat  keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.





Posted by SK (P) METHODIST 2

Majlis Perpisahan Uncle Thamil dan Sambutan Hari Raya 2014 (12/08/2014)






Posted by SK (P) METHODIST 2
Posted by SK (P) METHODIST 2

kejohanan Sukan Dan Balapan Peringkat sekolah Kali ke-43 Tahun 2014 (28/06/2014)













Posted by SK (P) METHODIST 2

Sukaneka peringkat sekolah (27/06/2014)











Posted by SK (P) METHODIST 2

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -