Archive for May 2014

Anugerah Tawaran Baru (18.04.2014)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Zaharah Bt Hj Borhanuddin, Guru Besar SK (P) Methodist 2 Brickfields kerana telah dianugerahkan Tawaran Baru Bagi Pengetua dan Guru Besar atau Bai'ah bagi tahun 2013. Majlis Penganugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar itu telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd. Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia pada 18 April 2014 di Shah Alam Convention Centre. 


Jumlah insentif yang diterima adalah seperti berikut:


Jawatan
RM
Guru Besar
7500
Guru (5%)
1800
Guru (95%)
900
AKS
500

Guru Besar SK Methodist (P) 2, Pn Zaharah Bt Hj Borhanuddinh
Buletin Utama TV3 

Thursday 1 May 2014
Posted by SK (P) METHODIST 2

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (11-12.04.2014)

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April sehingga 12 April 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada sebelah petang, hari Jumaat bersamaan 11 April 2014.  Semua aktiviti sepanjang Perkehmahan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua aktiviti dikendalikan oleh penyelaras. Memandangkan jumlah murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program tercapai. Objektif yang dicapai adalah: 


  1. Mempraktikkan teori yang dipelajari dalam Pasukan Beruniform
  2. Meningkatkan lagi keyakinan diri dan keupayaan fizikal dalam pelbagai situasi
  3. Membentuk kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab menjaga alam sekitar
  4. Melatih murid-murid menjadi pemimpin muda yang bertanggungjawab
  5. Menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan
  6. Melahirkan peserta yang tahu akan pengurusan masa.
 Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform berakhir pada 12 April 2014 dan  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2014 dan menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang. Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat  keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.













Posted by SK (P) METHODIST 2

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -